Kelebihan Berniaga Di Shopee Untuk Tahun 2020

Platform digital atau online sekarang semakin diterima oleh ramai termasuk penjualan menerusi Shopee. Jom kita tengok apa yang best dan kelebihan berniaga di Shopee untuk tahun 2020 ni.


Kini kita sudah masuk ke revolusi industri 4.0 dimana kebanyak aktiviti dan pekerjaan dilakukan secara online termasuk dunia perniagaan. Berbanding dahulu, perniagaan bergantung kepada kedai fizikal yang pastinya memerlukan sewaan dan kos utiliti yang perlu ditanggung.

BACACara Daftar Shopee Sebagai Seller Bagi Tahun 2020

Dengan adanya dunia online, banyak perkara boleh diringkaskan dan banyak kos boleh dikurangkan. Jadi margin keutungan semakin tinggi la. Tak perlu fikir kadar sewaan, bayaran utiliti yang tinggi, penat nak buka, tutup kedai dan sebagainya.

Oleh itu, dengan adanya dunia internet ini segalanya menjadi mudah. Bukan itu sahaja, sudah ramai pun cakna dan sedar akan kelebihan perbelanjaan dan perniagaan secara online ini sahaja.

Kelebihan

Banyak platform internet untuk anda mula berniaga dan antara yang terbaik adalah melalui Shopee. Anda tanya siapa sahaja di Malaysia ini tidak tahu akan kewujudan Shopee ni. Semua kata pernah dengar dan ramai telah menggunakannya. Ini adalah hint awal dimana, betapa ramainya pelanggan sedia ada di Shopee.

Kelebihan Berniaga Di Shopee Untuk Tahun 2020

#1.  Percuma

Mana je platform internet yang menyediakan perkhidmatan secara percuma ini. Segala perkara tidak dikenakan bayaran. Anda boleh daftar akaun kesemuanya adalah percuma jika anda menggunakan Shopee. Ianya seolah-olah anda mempunyai kedai tanpa bayaran sewa 1 sen pun. Bezanya ianya adalah 'kedai online'. Caj transaksi hanya dikenakan serendah 2% sahaja dan antara yang terendah berbanding laman e-dagang lain.

#2.  Pembayaran Mudah

Di Shopee anda tidak perlu set up pembayaran sendiri, sebaliknya semua sudah disediakan oleh pihak Shopee. Anda hanya perlu masukkan maklumat akaun bank sahaja untuk transaksi duit keluar masuk. Tak perlu nak layan Whatsapp atau online banking setiap kali ada pembelian diberitahu. Semuanya dilakukan secara automatik dan pastinya memudahkan. Di Shopee telah menyediakan banyak pilihan bank yang boleh digunakan antaranya adalah CIMB, Maybank, Bank Islam, BSN, Bank Rakyat dan banyak lagi.

#3.  Pelanggan Yang Ramai

Rumitnya untuk mulakan perniagaan adalah untuk mencari pelanggan untuk membeli barang kita. Jika di Shopee, seperti yang dilaporkan lebih 200 juta pengguna telah menggunakan aplikasi Shopee bagi suku kedua untuk tahun 2019. Trend ini semakin meningkat lagi-lagi dunia internet kini menjadi lebih mudah. Bayangkan daripada 200 juta tersebut, hanya 1% sahaja yang masuk ke kedai online kita. 200 ribu juga tu potentional customer kan.

Kelebihan Berniaga Di Shopee Untuk Tahun 2020

#4.  Mengurangkan Tawar Menawar

Tawar menawar ini sangat disukai oleh pembeli (buyer) dan pastinya tidak disukai oleh penjual (seller). Kita perlu melayan pelanggan dan akhirnya tak beli pun. Di Shopee perkara tersebut sangat minimal dan jarang ada tawar menawar. Kebanyakkan pembeli akan membaca butiran produk, review pelanggan sebelum ini dan jika berpuas hati terus mereka buat pembelian. Mereka bayar, anda terus proceed untuk penghantaran. Tak perlu dah layan kerenah pelanggan pun lepas ni. Jiwa tenang kan.

#5.  Poslaju Ditaja oleh Shopee

Dunia perniagaan online ini tidak boleh pisah dengan proses penghantaran atau postage. Anda perlu membayar lebih untuk buat penghantaran. Tidak di Shopee. Ini kerana, mereka ada sediakan tajaan bagi proses penghantaran. Ini bermakna, anda boleh jual harga rendah tanpa memikirkan kos penghantaran. Buyer tengok harga murah, memang dia beli la kan. Tak perlu pening-pening. Kini bukan sahaja Poslaju, J&T dan DHL pun sudah dapat postage percuma.

#6.  Mobile Friendly

Ini bermaksud, anda boleh buat jualan dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja tanpa bergantung kepada laptop atau komputer. Anda memang dah 24 jam dengan handphone kan, apa kata gunakan sepenuhnya fungsi yang ada untuk berniaga di Shopee. Kalau orang cakap selalu lekat 24 jam dengan handphone tetapi hakikatnya anda tengah jana pendapatan melalui perniagaan di Shopee. Mudah kan. Guna sahaja aplikasi Shopee untuk Android, iOS dan Huawei

#7.  Sistem Coins

Inilah antara kelebihan unik yang ada di Shopee. Dengan adanya fungsi ini, ianya menggalakkan buyer untuk selalu berbelanja di Shopee. Sebagai seller, ini pastilah berita gembira kan. Coins ini akan dihadiahkan kepada pembeli setiap kali pembelian dibuat. Jadi coins ini boleh ditebus untuk dapatkan diskaun bagi setiap produk di Shopee. Lagi banyak, buyer berbelanja, lagi banyak coins diperoleh dan lagi banyaklah dapat diskaun. Buyer happy, seller pun happy sebab orang ramai beli barangan kita kan.

#8. Menjimatkan Masa Dan Operasi 24 Jam

Dengan segala proses yang automatic, masa anda untuk mengurus transaksi penjualan barangan anda dapat disingkatkan, anda boleh menggunakan masa yang telah dijimatkan itu untuk aktiviti lain seperti promosi pemasaran atau pengemaskinian produk dan kedai. Selain itu, kedai Shopee kita ini tidak tidur tau walaupun tengah malam. Jika rasa pelanggan nak membeli pada waktu malam, mereka boleh terus buat tempahan walaupun seller tengah tidur pun. Esok pagi bangun tidur, boleh terus buat penghantaran. Kalau kedai fizikal, pukul 9 malam dan kena tutup kedai kan.

#9.  Pendapatan Tidak Terhad

Di Shopee anda boleh terima unlimited penjualan dan pendapatan. Ini bermakna anda boleh terima banyak pembelian tanpa had selagi anda mempunyai stok produk anda tersebut. Kalau dah sold out, bagi tahu sold out. Jadi tiada batas pendapatan anda, ada perkongsian seperti dibawah dimana, mereka mampu jana pendapatan 4 angka untuk seminggu dan tidak mustahil boleh naik 5 angka jika rajin dan mendapat sambutan daripada pembeli kan. Pastikan anda rajin dan iklankan supaya lebih ramai orang tahu kewujudan kedai online anda. Selebihnya banyakkan berdoa kepada tuan supaya terus dimurahkan rezeki.

#10.  Customer Service Yang Efficient

Sekiranya ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan shopee yang akan membantu anda kurang dari tempoh 24 jam. Hanya klik link support, anda boleh terus menghantar mesej melalui Shopee Apps, email atau jika anda mahu bercakap dengan pegawai bertugas, talian hotline juga ada disertakan.

Panduan Berniaga Di Shopee

Jadi dengan kelebihan-kelebihan yang disenaraikan ini, Shopee pastinya antara platform perniagaan online yang anda boleh cuba selepas ini. Anda boleh terus daftar untuk buka akaun secara PERCUMA sahaja dan terus mula berniaga.

Tetapi tak tahu cara untuk daftar akaun Shopee?

Jangan risau, anda boleh dapatkan panduan lengkap berniaga di Shopee from a-to-z melalui Panduan Bisnes Shopee. Kelebihan ebook ini, anda akan diajar secara bergambar untuk daftar dan berniaga di Shopee yang mampu untuk jana pendapatan sehingga 4 angka seminggu tau.

Jangan berlengah lagi, dengan harga RM100 seumur hidup dan akan peroleh kemaskini secara percuma, dapatkan ebook Bisnes Shopee ini. Buat pembelian dengan klik pautan dibawah

cara daftar dan berniaga di shopee 2020

Semoga bermanfaat!!

Post a Comment

Previous Post Next Post