Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Jika anda bercadang untuk mula menjadi seller di Shopee Malaysia, anda boleh ikuti langkah dan cara daftar Shopee sebagai Seller yang terkini untuk tahun 2020. Langkah yang mudah boleh anda ikuti.

Shopee pernah menerima kunjungan lebih 200 juta bagi suku kedua di tahun 2019. Dengan data ini, pastinya lebih ramai pengguna mahu beralih kepada buyer untuk menjadi seller. Di samping untuk mencari pendapatan tambahan.

BACAKelebihan Berniaga Di Shopee Untuk Tahun 2020

Yang penting pendaftaran untuk daftar Shopee sebagai Seller ini adalah percuma. Anda boleh ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan dibawah dengan menggunakan komputer. Banyak perkara yang anda boleh lakukan dan pastinya menjadikannya lebih mudah.

Cara Daftar Shopee Sebagai Seller

Pendaftaran ini lebih mudah dilakukan menggunaka komputer atau laptop. alert-info

Langkah 1 - Anda pergi ke laman web Shopee di www.shopee.com.my, kemudian klik butang Sign Up pada bahagian kanan atas. (Jika anda sudah mempunyai akaun Shopee, proceed to Langkah 3)

Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Langkah 2 - Daftarkan menggunakan nombor telefon, kemudian masukkan kod yang diterima. Selepas itu tetapkan password dan username anda.

Langkah 3 - Jom daftar Shopee sebagai Seller. Pergi ke laman Shopee kembali dan klik Seller Centre dibahagian kiri atas

Langkah 4 - Tanda 'I have read...' dan klik Accept

Langkah 5 - Masukkan alamat lokasi anda sebagai seller dan klik Confirm.

Langkah 6 - Pertamanya pergi ke Shop Profile untuk bina 'kedai Shopee online' anda. Masukkan :
  • Nama kedai
  • Logo dan gambar
  • Shope decription
  • Nama syarikat
  • Nombor SSM (jika ada) dan sebagainya
Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Langkah 7 - Langkah seterusnya tetapkan My Shipping. Disini terdapat 3 jenis shipping iaitu :
  • Shopee Supported Logistic (SSL) - Disini anda akan menggunakan AWB yang mana anda perlu print dan nombor tracking akan dimasukkan secara automatik sahaja. Cara ini sesuai untuk barang ready stock. Antara kurier yang menawarkan SSL ini adalah DHL, J&T, Ninja Van dan Pos laju.
  • More Shipping Option (Others) - Cara ini boleh digunakan bagi kurier selain daripada disenaraikan di SSL. Anda perlu tulis alamat dan masukkan nombor tracking sendiri. Anda juga boleh tetapkan nilai postage sesuai dengan harga syarikat kurier anda tersebut. Cara ini sesuai untuk Pre-order dan ready stock juga. 
  • Shipping Fee Included - Cara ini anda boleh on kan jika anda akan masukkan bayaran postage ke dalam harga produk anda sekali gus postage akan menjadi percuma.
Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Langkah 8 - Kemudian tetapkan wallet Shopee bagi menerima bayaran dan setiap transaksi jual beli berlaku. Segala bayaran daripada buyer, akan masuk ke dalam wallet ini terlebih dahulu. Klik di Basic Setting > Payment Setting dan klik Create. Disini anda perlu tetapkan pin number sendiri.

Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Langkah 9 - Kemudian tetapkan akaun bank pula. Pergi pada tab Finance > Bank Account. Klik Add Bank Account untuk set kan jenis bank akaun. Duit daripada wallet yang withdraw akan masuk ke akaun bank ini.

Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Secara asas, kedai Shopee Online anda sudah siap. Langkah seterusnya adalah cara masukkan produk ke dalam kedai anda ini.

Langkah-Langkah

Langkah 1 - Pergi semula ke Seller Centre dan masuk ke bahagian Dashboard

Langkah 2 - Pergi ke Product > My Products. Kemudian klik Add a New Product untuk mula masukkan produk anda.

Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Langkah 3 - Masukkan nama produk dan Shopee akan memberi cadangan kategori berkaitan dengan produk anda tersebut. Anda juga boleh pilih kategori sendiri yang sesuai dengan produk anda tersebut. Klik Next.

Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Langkah 4 - Disinilah anda akan masukkan semua maklumat terperinci bagi item, produk atau barang anda tersebut.
  • Nama produk
  • Keterangan produk anda (masukkan selengkap yang boleh)
  • Brand
  • Fungsi
  • Harga barangan anda
  • Jumlah stok
  • Variasi jika anda mempunyai pelbagai pilihan
  • Masukkan gambar produk (lebih banyak, lebih bagus)
  • Shipping berkaitan berat dan shipping fee
  • Tetapkan jika pre order atau tidak
  • Jika sudah selesai semuanya, klik Publish
Cara Daftar Shopee Sebagai Seller Untuk Tahun 2020

Tahniah! Produk anda kini sudah live dan boleh dilihat oleh semua pengguna Shopee. Anda juga boleh semak semula sekirannya ada kesilapan. Betulkan segera! Klik pada My Product dan Edit.

Tips : Klik pada Boost Now setiap 4 jam untuk menaikkan barang anda di ranking lebih atas search engine Shopee.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut langkah pemasaran, trick dan tips berniaga di Shopee, sertai Shocking Sale dan pelbagai lagi. Anda boleh dapatkan panduan Bisnes Shopee. Di dalamnya, anda akan diajar lebih terperinci selok belok dunia Shopee bersama-sama dengan gambar. Lebih mudah faham.

Ada yang mampu untuk peroleh pendapatan sehingga 4 angka seminggu dengan hanya menjual di Shopee. Boleh tahu juga dimana disediakan platform Dropship jika anda tiada barang untuk dijual dan sebagainya. Jika berminat untuk dapatkan panduan ebook Bisnes Shopee tersebut, anda boleh klik pautan dibawah

cara daftar shopee sebagai seller untuk tahun 2020

Semoga bermanfaat!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post