Bagi ibu bapa yang berkenaan, kini anda boleh mula membuat permohonan Tahun 1 bagi sesi Persekolahan sesi 2021/2022.

Permohonan Tahun 1 Sesi Persekolahan Sesi 2021/2022

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah buka permohonan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang akan memasuki Tahun 1 bagi sesi 2021/2022. Kini anda boleh mula daftarkan dan membuat permohonan bagi pautan yang disediakan di bawah ini.

Jadi jangan lepaskan peluang ini bagi supaya anak-anak kita terus mendapat tempat di dalam pendidikan bagi demi masa depan mereka.

Permohonan Tahun 1 Sesi 2021/2022

Anda boleh mula buat permohonan Tahun 1 bermula 3 Mac hingga 30 April 2020 dan pendaftaran semua dibuat hanya melalui atas talian atau online yang disediakan. Anda boleh buat permohonan di pautan di bawah. (Permohonan Lewat : 1 Mei - 15 Disember 2020)


Anak Yang Layak Memohon

  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanan yang lahir
    1. 2 Januari 2014 - 1 Januari 2015 (sesi persekolahan tahun 2021)
    2. 2 Januari 2015 - 1 Januari 2016 (sesi persekolahan tahun 2022)

Permohonan Manual

Tetapi jika ibubapa ingin membuat permohonan secara manual pun boleh, anda boleh buat pendaftaran manual ke PPD/JPN selepas 15 Disember 2020 iaitu hanya bagi sesi persekolahan tahun 2021 sahaja dahulu.

Baca Juga

Post a Comment