Kini anda sudah boleh mula membuat permohonan Biasiswa Petronas yang ditawarkan kepada lepasan SPM khususnya untuk tahun 2020.

Permohonan Biasiswa Petronas Tahun 2020 Kini Dibuka

PETRONAS sudah menaja biasiswa kepada lebih 36000 pelajar sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975. Sejak daripada itu telah ramai graduan yang berjaya dan menghabiskan pelajaran dengan cemerlang seterusnya terus bekerja dengan syarikat itu yang terkenal di dalam bidang Oil & Gas Petroleum.

Jadi untuk tahun 2020 ini, sekali lagi penawaran Biasiswa Petronas dibuka kepada pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat sekolah.

Boleh Mula Memohon Biasiswa Petronas

Anda sudah boleh memohon Biasiswa Petronas bermula 5 Mac 2020 hingga 11 Mac 2020. Dalam tempoh 7 hari ini, terlebih dahulu anda perlu memohon secara online di pautan yang disediakan dibawah ini. 


Tempata Atau Institusi Yang Ditawarkan

Bagi Biasiswa Petronas ini, anda akan ditawarkan di 2 buah tempat iaitu:
    1. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) termasuk Program Foundation selama 1 tahun.
    2. Universiti Luar Negera termasuk 24 bulan di Program Pra-Universiti di Malaysia

    Syarat Kelayakan Permohonan

      1. Warganegara Malaysia yang berumur antara 17 - 19 tahun pada tahun 2020
      2. Kemahiran kepimpinan yang tinggi dan aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum semasa di sekolah
      3. Kelayakan akademik diperlukan untuk program tajaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

      #Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

      Kelayakan : Syarat minima adalah 8A- dalam SPM 2019, bersama minima sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran berikut :
      1. Chemistry
      2. Physics
      3. Mathematics

      Program Yang Ditawarkan : 
      • Chemical Engineering
      • Computer Science
      • Electrical & Electronic Engineering
      • Mechanical Engineering
      • Petroleum Engineering
      • Petroleum Geoscience


      #UNIVERSITI LUAR NEGARA

      1. Kelayakan : Syarat minima adalah 8A- dalam SPM 2019, bersama minima sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran berikut :
      1. Chemistry
      2. Physics
      3. Mathematics

      Program Yang Ditawarkan : 
      • Applied Chemistry
      • Chemical Engineering
      • Electrical & Electronic Engineering
      • Geology/Geophysics
      • Material Engineering/Material Science
      • Mechanical Engineering
      • Petroleum Engineering
      • Software Engineering

      2. Kelayakan : Syarat minima adalah 8A- dalam SPM 2019, bersama minima sekurang-kurangnya A- dalam mata pelajaran Matematik

      Program Yang Ditawarkan : 
      • Accounting
      • Actuarial Science
      • Computer Science
      • Economics
      • Law
      • Mathematics
      • Psychology
      • Sociology
      • Statistics

      Proses Permohonan Biasiswa Petronas Tahun 2020


      Proses Tarikh
      1 Permohonan atas talian dibuka 5 Mac 2020
      2 Permohonan atas talian ditutup 11 Mac 2020
      3 Pengumuman & Jemputan Ke PETRONAS YoungStars Day (PYD)  20 Mac 2020
      4 PETRONAS YoungStars Day (PYD) Mac/April 2020
      5 Pengumuman kepada penerima Biasiswa Petronas 5 Mei 2020
      6 Tarikh menerima atau tolak tawaran Biasiswa ini 5 Mei 2020


      Untuk maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Petronas ini, anda boleh layari laman web di educationsponsorship.petronas.com.my. Disitu juga akan disediakan tatacara bagi membuat permohonan melalui online.

      Baca Juga

      Post a Comment