Jika anda berminat di dalam bidang pekerjaan oil & gas, mungkin langkah awal ialah dapatkan bantuan pembelajaran menerusi Biasiswa Shell bagi tahun 2020.

Biasiswa Shell Bagi Pelajar Cemerlang Tahun 2020

Shell antara pelopor bagi syarikat yang berkaitan dalamn bidang oil & gas sama seperti Petronas. Jadi Shell berbesar hati bagi menyediakan sebuah program bagi menaja pelajar cemerlang 2020 untuk ditaja bagi program Biasiswa Shell.

The Shell Malaysia Scholarship Programme (Biasiswa Shell) ini dibuka setiap tahun dan permohonannya biasa akan dibuka awal tahun seperti bulan Mac. Jadi tahun ini sekali lagi, mereka kembali dan ingin mencari mana-mana calon yang berkelayakan bagi menerima bantuan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Permohonan Biasiswa Shell Kini Dibuka

Biasiswa Shell Bagi Pelajar Cemerlang Tahun 2020

Anda sudah boleh mula memohon Biasiswa Shell ini bermula 1 Mac 2020 hingga 5 April 2020. Ianya dibuka kepada lepasan SPM dan juga O-Level. Jadi jika anda layak, anda boleh boleh memohon dengan pautan yang disediakan dibawah. Permohonan kesemuanya adalah secara online dengan menggunakan emel sahaja


Syarat Permohonan

Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  • Kemahiran kepimpinan yang kuat dan penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum seperti aktiviti kemasyarakatan, kelab, sukan, dan lain-lain
  • Tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa / pinjaman lain
  • Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang seperti berikut:
    • Minimum 8As (A / A +) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU
    • Cemerlang dalam O-Level di IGCSE (A * / A)
  • Sebelum membuat permohonan, pastikan anda layak bekerja di negara yang ditawarkan program biasiswa.
  • Tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pembelajaran peringkat Asasi

Bidang Pengajian

Biasiswa Shell hanya ditawarkan bagi bidang pengajian seperti berikut:
  • Engineering: Mechanical, Civil, Chemical, Petroleum, Electrical & Electronics, Environmental, Sustainable
  • Sciences: Geology, Geosciences, Geomatics, Geophysics, Data Science
  • Commercial: Business & Management, Digital Marketing

Permohonan Biasiswa Shell 2020

Perkara penting berkaitan biasiswa ini:
  • Pemohon mesti melengkapkan Langkah 2: Penilaian Atas Talian dalam masa 10 hari seteleh menerima emel daripada pihak Shell
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan diberitahu untuk pergi ke langkah seterusnya.

PROSES PERMOHONAN

Langkah 1: Permohonan Atas Talian
Langkah 2: Penilaian Atas Talian
Langkah 3: Video Interview
Langkah 4: Temuduga Akhir

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh layari terus laman web Scholarship Shell Malaysia dan dapatkan info lanjut disana 

Baca Juga

Post a Comment