Kini pelajar yang layak boleh memohon Biasiswa Sekolah Menangah Daripada Yayasan Pahang bagi tahun 2020 ini. Jika layak, jangan lupa untuk memohon.

Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang ini dibuka kepada anak pahang yang berkelayakan bagi memperoleh sedikit bantuan daripada YP. Pastinya sedikit sebanyak bantuan biasiswa ini dapat membantu mengurangkan bebanan khususnya dalam pembelajaran ketika berada di sekolah.

Sebenarnya bukan zaman universiti sahaja yang memerlukan bantuan biasiswa seperti ini, tetapi zaman sekolah pun masih diperlukan bantuan sedemikian ini. Biasiswa ini mungkin boleh digunakan untuk membeli perlatan alat tulis, baju sekolah, buku sekolah dan kelengkapan-kelengkapan pelajaran yang lain

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengan Yayasan Pahang Tahun 2020

Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang

Anda boleh mula membuat permohonan BSM Yayasan Pahang ini bermula 3 Mac hingga 31 April 2020. Permohonan ini tidak dibuka secara online tetapi permohona boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun.

Kadar BSM bagi murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun semasa adalah sebanyak RM600 setahun.

Permohonan ini dibuka kepada murid tingkatan 1 dan 4 di Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangasaan Agama / Sekolah Menengah Agama / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh negeri Pahang.

Syarat Permohonan

Kriteria kelayakan BSM adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang.
  4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi talian seperti dibawah

Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
No. Tel : 09-5181800 / No. Fax : 09-5181888
Baca Juga

Post a Comment