karnival jom masuk ipt

Program Jom Masuk IPT bagi tahun 2020 telah pun bermula pada awal Februari yang lepas. Program ini pastinya ditunggu-tunggu bagi golongan lepasan sekolah terutamanya lepasan SPM dan STPM. Program tahunan ini akan menjelajah seluruh negara bagi berjumpa dengan bakal Mahasiswa.

Program Jom Masuk IPT merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan Institusi Pengajian Tinggi yang ada di dalam Malaysia.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan semua IPT yang ada, inilah tempat terbaik untuk anda dapatkan lebih informasi tentangnya. Ini peluang anda dapatkan pelbagai pengetahuan tentang peluang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dalam negara melalui sesi konsultasi bersama BKPA JPT serta pempamer yang mengambil bahagian.

Program Jom Masuk IPT Anjuran BKPA JPT

Pada tahun 2020, terdapat 8 zon yang anda boleh datang dan ketahui lebih lanjut berkaitan program ini. Jom Masuk IPT ini telah bermula pada 15 Februari yang lepas dimana mereke bermula di zon 1 iaitu di bahagian Selatan yang bertempat di Persada Johor International Convention Centre.

Selepas ini mereka akan pusing seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak sehingga zon 8 yang berakhir di Selangor pada 29 Mac 2020. 

karnival jom masuk ipt

Senarai Tempat Dan Tarikh Program Jom Masuk IPT

Jadi untuk ketahui lebih lanjut dimana tempat dan tarikh seterusnya bagi ke semua zon yang terlibat, anda boleh rujuk di bawah ini


Zon Negeri Tempat Tarikh
1 Johor Persada Johor International Convention Centre 15 - 16 Februari 2020
2 Pahang Kompleks Sukan Universiti, Kampus UMP Gambang  22 - 23 Februari 2020
3 Kedah Taman Tasik Darulaman, Jitra 29 Februari - 1 Mac 2020
4 Sabah Sabah International Convention Centre 7 - 8 Mac 2020
5 Perak Amanjaya Convention Centre Casuarina @ Meru 14 - 15 Mac 2020
6 Terengganu Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu 14 - 15 Mac 2020
7 Sarawak Borneo Convention Centre Kuching 21 - 22 Mac 2020
8 Selangor MAEPS, Serdang 28 - 29 Mac 2020

Jadi kepada khususnya lepasan SPM dan STPM yang ingin ketahui lebih lanjut berkaitan IPT mana yang anda boleh sambung pelajaran, anda boleh datang mana-mana tempat yang disediakan seperti tarikh diumumkan.

karnival jom masuk ipt

karnival jom masuk ipt

karnival jom masuk ipt

Jangan lepaskan peluang ini. Sambil menunggu keputusan SPM dan STPM yang bakal keluar ini, apa kata penuhi aktiviti anda dengan kunjungi program Jom Masuk IPT ini.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian hotline (03) 8870 8200/6767 atau layari Portal Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (UPU) di upu.moe.gov.my

Instagram : @kemasukanbkpk
Twitter : @twt_upu


Baca Juga

Post a Comment