Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM hari ini telah mengumumkan dimana calon boleh mula semak keputusan SPM 2019 bermula pada 5 Mac 2020 iaitu pada hari Khamis.

Boleh Semak Keputusan SPM 2019 Pada 5 Mac 2020

Pihak KPM mengumumkan secara rasmi dengan mengeluarkan kenyataan media di laman web rasmi KPM iaitu di moe.gov.my. Anda boleh dapatkan kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia disini

Pada tahun 2019 yang lepas, seramai 416,416 calon peperiksaan SPM telah mendaftar dengan melibatkan 3131 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Pastinya mereka ini tidak sabar-sabar akan pengumuman ini dibuat. Sedikit sebanyak keputusan SPM 2019 ini akan menentukan hala tuju dan masa depan mereka.

Cara Semak Keputusan SPM 2019

Kepada claon SPM 2019, anda boleh dapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing bermula 10 pagi pada tarikh 5 Mac 2020 bersemaan pada hari khamis. Selain itu, bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau anda boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat anda daftar untuk menduduki peperiksaan SPM.

Terdapat juga cara lain iaitu melalui mySMS dan juga melalui laman web :

*ianya akan diaktifkan bermula 5 Mac 2020 (10 pagi) hingga 11 Mac 2020 (6 Petang)


SELAMAT BERJAYA SEMUA CALON SPM 2019 alert-info

Baca Juga

Post a Comment