Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Darul Quran

Kita sedia maklumat, Darul Quran antara pusat pengajian yang terawal yang menawarkan program Pengajian al-Quran di Malaysia. Sehingga hari ini terdapat ramai lepasan Darul Quran yang sudah berjaya dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.

Jadi dengan itu, Darul Quran telah membuka pengambila pelajar baharu bagi Program Diploma Tahfiz khusus bagi pelajar lepasan SPM. Jadi kepada yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang al-Quran, anda boleh sudah buat permohonan pengajian di Darul Quran seperti yang diberitahu di bawah

Permohonan Program Diploma Tahfiz Darul Quran

Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Darul Quran

DARUL QURAN JAKIM mengajak dan mempelawa mana-mana calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran JAKIM (DQ) bagi Sesi 2020-2023 dan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) di seluruh Malaysia.
 

Sistem Pengajian

Darul Quran menawarkan pengajian mengikut sistem semester iaitu selama 3 tahun (atau 6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Jadi sepanjang pengajian anda akan dibimbing dengan baik.

#Kursus-kursus elektif  yang ditawarkan

  • Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, MTQN (MAIK) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak, ITQAS Sabah dan IKMAS Sarawak).
  • Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTN Pahang)
  • Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, INSPI Terengganu, IKMAS Sarawak)
  • Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Perak)
  • Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM)
  • Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan KAQSA Melaka)
 

Syarat Kelayakan Permohonan

Antara syarat kelayakan yang disenaraikan adalah :
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran dan belum berkahwin.
  • Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ‘C’  dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu;
    • Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
    • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah; dan
  • LULUS  Bahasa Inggeris
  • LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
  • LULUS Temuduga.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik ATAU
 
Kelayakan khas yang diberikan kepada pelajar Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) dan Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran adalah seperti berikut:
  • Lulus matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred ‘C’ sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan
  • Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran / Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran bagi OKUMP.

Sesi Temu Duga

Selepas memohon, anda akan melalui proses temuduga calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temu duga pada tarikh yang diumumkan kemudian.
 

Biasiswa

Kepada pelajar yang berkelayakan sahaja, mereka akan ditawarkan bantuan pendidikan atau Biasiswa selama mereka belajar di Darul Quran

*Tertakluk kepada penawaran dari Institusi.

Cara Memohon

 
Permohonan ke Darul Quran (DQ) boleh diisi secara dalam talian (online) bermula 10 Februari 2020 hingga 7 hari selepas keputusan SPM keluar. Anda boleh mohon sekarang dengan klik pautan dibawah



Bagi permohonan ke Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) bagi negeri-negeri yang terlibat, sila klik pautan yang disertakan DISINIalert-info


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Darul Quran JAKIM:
Telefon : 03-60635333 / 5349 / 5323 / 5374
Faks : 03-60645497
Emel: info_dq@islam.gov.my

Baca Juga

Post a Comment