Program Biasiswa Daripada Murata Electronics (M) Sdn Bhd Untuk Pelajar USM

Murata Electronics (M) Sdn. Bhd. mengumumkan telah membuka tawaran program biasiswa khusus kepada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang layak dan memenuhi kriteria yang dicari. Jika anda berminat dan ingin memohon, boleh ikuti cara dan syarat permohonan yang diterangkan di bawah ini.

Murata Electronics (M) Sdn. Bhd. adalah sebuah anak syarikat iaitu Murata Manufacturing Co. Ltd. yang bertapak di Jepun. Syarikat ini mengfokuskan kepada pengeluaran barangan elektronik seperti sensor, resistor, connector dan pelbagai lagi. Ianya mengfokuskan kepada bahagian Asia Tenggara

Permohonan Biasiswa Murata Electronics (M) Sdn. Bhd.

Program Biasiswa Daripada Murata Electronics (M) Sdn Bhd Untuk Pelajar USM

Kepada pelajar USM yang berminat, anda boleh mula memohon sekarang hingga tarikh tutup iaitu 29 Februari 2020. Permohonan bagi Program Biasiswa Murata Electronics (M) Sdn. Bhd. ini hanya dibuka kepada :
  1. Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM)
  2. Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Warganegara) yang mempunyai keputusan peperiksaan yang baik
  3. Pelajar yang sedang berada di dalam 2nd semester
  4. Mendapat keputusan CGPA sekurang-kurangnya 3.2 bagi first semester

Program Biasiswa Daripada Murata Electronics (M) Sdn Bhd Untuk Pelajar USM

Bidang Pengajian Yang Diterima

  • Mechatronic Engineering
  • Chemical Engineering
  • Physics/ Chemistry/ Science
  • Material Science/ Engineering
  • Mechanical Engineering
  • Any Engineering Field

Untuk memohon anda boleh ikuti cara yang disenaraikan di bawah. Pastikan kesemua perkara dipenuhi.
  • Resume (bersama gambar)
  • Borang Permohonan
  • Salinan Kad Matrik
  • Recommendation letter daripada pihak universiti
  • Keputusan peperiksaan semester sebelum ini

Selepas itu, segala permohonan boleh dihantar kepada Division of Examinations, Awards and Scholarship, USM

Pelajar yang menerima tawaran Biasiswa daripada Murata Electronics (M) Sdn. Bhd. ini sekali gus akan terikat dengan syarikat tersebut atau mungkin diserapkan untuk bekerja apabila telah tamat pengajian kelak.


sumber : BHEPAUSM

Post a Comment