Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir Dan Jordan) Sesi 2020/2021

Kepada pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi 2020/2021, anda sudah boleh membuat permohonan secara online seperti yang langkah yang disediakan di bawah.

Setiap tahun permohonan ini akan dibuka kebiasannya pada awal tahun. Jadi pelajar Malaysia yang berhasrat untuk sambung belajar ke Mesir dan Jordan, mereka sudah boleh mula membuat permohonan dan buat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir Dan Jordan)

Permohonan Pengajian ke Timur Tengah ini terbuka kepada 2 jenis program iaitu yang menetapkan tempoh permohonan berbeza iaitu :
  • Permohonan online lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutup pada 3 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.
  • Permohonan online lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutup pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

Kesemua permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi 2020/2021, anda boleh memohon di pautan yang disediakan dibawah.


Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir Dan Jordan) Sesi 2020/2021

Bagi permohonan lepasan SPM, jika keputusan SPM diumumkan kelak, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara online sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April 2020 (Khamis) tersebut

Proses Daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

Pemohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.

KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. alert-info

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA


No. Tel : 03-8870 6627/ 6226
No. Faks. : 03-8870 6853


Google : timurtengah@bem
Facebook KPM : KemPendidikan

Post a Comment