Permohonan Biasiswa Cuckoo 2020 Untuk Pelajar UPM Dibuka

Berita baik khusus untuk pelajar UPM, kini anda boleh buat permohonan Biasiswa Cuckoo 2020. Tawaran biasiswa ini pastinya dapat meringankan beban perbelanjaan khusus bagi pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai dan mendapat apa-apa bantuan.

Syarikat Cuckoo yang terkenal dengan barangan perkakasan elektrik bersama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) mempelawa pelajar mereka bagi memohon Biasiswa Cuckoo sesi 2019/2020 bagi menampung kos pengajian di Universiti Putra Malaysia.

Permohonan Biasiswa Cuckoo 2020

Bagi yang berminat untuk memohon, anda perlu buat demikian bermula sekarang hingga tarikh tutup iaitu pada 9 Februari 2020 (Ahad). Seramai 3 orang pelajar akan menerima biasiswa ini. Jadi jangan lepaskan peluag ini.

Cara Memohon

Bagi mereka yang ingin memohon, ada 2 cara untuk anda boleh dapatkan borang permohonan iaitu melalui :

Pusat Alumni UPM
Aras Bawah, Bangunan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi
Off Lebuh Silikon, 43400
Universiti Putra Malaysia, Serdang

ATAU

Anda boleh dapatkan borang permohonan dengan DOWNLOAD BORANG DISINI

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat di bawah :

Sekretariat
Biasiswa CUCKOO
d/a Pusat Alumni, Bangunan Timbalan Naib Canselor,
Penyelidikan dan Inovasi, Off Lebuh Silikon,
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi

Syarat Permohonan

1.  Calon adalah warganegara Malaysia
2.  Terbuka kepada pelajar Semester Kedua daripada program seperti di senarai :

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Bacelor Ekonomi
Bacelor Perakaunan
Bacelor Pentadbiran Perniagaan

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Bacelor Komunikasi

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMATBacelor Sains Komputer

3.  Pelajar telah mencapai PNGK 3.0 dan ke atas pada Semester Pertama
4.  Hanya pelajar semester kedua, tahun pertama sahaja yang layak memoho
5.  Pendapatan isi rumah haruslah berjumlah RM3000 ke bawah dan Pelajar/Ibubapa diiktiraf sebagai golongan asnaf digalakkan memohon

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Alumni UPM atau hubungi talian perhubungan seperti dibawah 
  • 03-9769 1120 (Cik Nur Sabrina Marzuki)
  • 03-9769 1260 (Cik Siti Nur’Ain Feisal)

Baca Juga

Post a Comment