Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) Daripada YAPEIM

YAPEIM baru-baru ini telah melancarkan satu program bantuan pendidikan yang diberi nama Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku). Dana ini telahpun dilancarkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah pada November 2019 yang lepas.

Dana Inspirasi Malaysia daripada YAPEIM ini mensasarkan golongan berpendapatan rendah iaitu golongan B40 bagi mengurangkan bebanan kewangan keluarga bagi menyiapkan kelengkapan persekolahan dan universiti bagi anak-anak. Sedikit sebanyak bantuan ini dapat membayar mana-mana yuran pengajian sama ada di sekolah mahupun di universiti.

Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia Daripada YAPEIM

Kadar bantuan ini diberi kepada pelajar Sekolah dengan bantuan sebanyak RM500 dan juga pelajar Universiti dengan bantuan sebanyak RM1000. Permohonan ini telah dibuka hingga tarikh tutup iaitu pada 31 Januari 2020. antuan akan diberi mengikut kelayakkan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul.

Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) Daripada YAPEIM

Cara Memohon Bantuan Pendidikan Inspirasiku

Anda perlu dapatkan borang permohonan melalui 2 cara iaitu cara pertama dapatkan di borang permohonan di  :
  1. Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
  2. Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
  3. Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara (Dapatkan senarai disini) ATAU
  4. Muat turun borang di media sosial rasmi YAPEIM (Offcial) DOWNLOAD SINI

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di inspirasiku.yapeim.my (pautan masih diselenggara)

Setiap borang mesti disertakan senarai semak. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada pegawai A (Pegawai Kerajaan)/ Penghulu/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:
  • Serahan tangan ke ibu pejabat YaPEIM
  • Pos laju /ekspress ke ibu pejabat YaPEIM
  • Emel ke alamat inspirasiku@yapeim.my

Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan
Pejabat YaPEIM Negeri
Alamat Ibu Pejabat YaPEIM
(Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur)

Syarat Permohonan Bantuan Pendidikan Inspirasiku

Syarat Am
  • Permohonan mesti atas nama ibu/bapa/penjaga
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/IPT di dalam dan luar negara
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara bagi kategori B40
  • Slip gaji/pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan isi Rumah

Peringkat Pengajian
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah

Sebarang Pertanyaan Lanjut sila Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di 
Talian : 03-2717 2717

Post a Comment